Saturday, July 25, 2009

YB Mike on the move






Kapar : Dua Pelajar menerima Sijil Kelahiran mereka baru-baru ini atas usaha Pusat Khidmat Masyarakar, Ahli Parlimen Kapar.
Pelajar N Kanagaambikai , 10 tahun dari Kampung Perepat ,Parlimen Kapar akan menyambung pelajarannya di Sekolah Tamil Methodist, Kapar mulai minggu hadapan.
Seorang lagi Pelajar dari Sekolah yang sama pula berpeluang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini selepas berjaya memperolehi Sijil Kelahirannya . P Magenthiran, 12 dari Ladang Golkanda menerima Sijil Kelahirannya pada hari Isnin ini.
Menurut Pengarah Biro Kebajikan M Ravichandran , N Kanagaambikai telah menemui Manikavasagam pada bulan Februari lalu , manakala P Magenthiran pada bulan March lepas bersama Ibu-bapa masing-masing.
Kecuaian Ibubapa antara punca utama kedua-dua mereka tidak memilik sijil Kelahiran. Anak ke 7 daripada 8 orang P Magenthiran diabaikan oleh ibubapa hampir hilang peluang menduduki peperiksaan UPSR akan datang.
Manakala, Bapa Kanagaambikai akan menghilangkan diri sejak 8 tahun lalu antara punca utama beliau tidak memiliki sijil kelahiran. Ibunya berjaya mendapat sijil dua orang anaknya setelah membayar RM 500 seorang kepada orang tengah , tetapi mereka gagap mendapat Sijil untuk Kagaaambikai walaupun ornag tengah telah mengutip RM500 daripadanya.
Kedua-dua keluarga gembira serta berterima kasih dengan YB S Manikavasagam yang sudi membantu mereka.

No comments:

Post a Comment