Monday, August 3, 2009

Kg Buah Pala

The Time to change....PRK Mantin


Kira-kira 300 orang berhimpun menyokong penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang ekoran hari ini merupakan tarikh akhir mereka diminta berpindah dari situ.Antara mereka yang hadir ialah dari Hindraf, MIC, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan NGO Jerit.Sehingga ini, tiada kelihatan sebarang tanda-tanda akan berlakunya operasi perobohan rumah penduduk di situ.Di situ, tidak kelihatan jentolak, anggota polis mahu pun penguatkuasa majlis bandaraya Georgetown.Hari ini merupakan tarikh akhir perintah penduduk Kampung Buah Pala berpindah dari kawasan tersebut yang akan dimajukan dengan projek kondominium mewah - the Oasis - oleh syarikat Nusmetro Venture.Pihak pemaju telah memberi tempoh kepada penduduk di situ sehingga 3 Ogos untuk berpindah sebelum 20 buah rumah di situ dirobohkan untuk memulakan projek tersebut.Bagaimanapun, minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membatalkan kebenaran untuk memajukan kawasan tersebut dan tidak jelas sama ada pihak pemaju akan meneruskan tindakan memindahkan penduduk di situ esok.Lebih kurang jam 10.30 pagi tadi penduduk Kampung Buah Pala telah menuju ke Komtar untuk bertemu dengan Ketua Menteri Yb Lim Guan Eng untuk menyerahkan memorendum yang telah diterima oleh setiausaha politiknya Yb Ng Wei Aik.Jam 1.00 petang tadi Yb Ng Wei Aik telah datang ke Kg Buah Pala untuk berbincang dengan penduduk di situ.




KM pula beri amaran jangan roboh
Ogos 3, 09 6:01pm
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran kepada Koperasi pegawai Kerajaan Pulau Pinang, pemilik tanah Kampung Buah Pala, supaya tidak merobohkan rumah penduduk di situ esoksehingga satu penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak dapat dicapai."Jika koperasi berkeras untuk merobohkan rumah-rumah di situ, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membatalkan perintah yang dikeluarkan untuk pembangunan kampung itu," katanya kepada pemberita hari ini.Lim mengulas kenyataan pengerusi koperasi itu, Abdul Razak Mansor semalam bahawa sebarang rundingan mengenai penempatan semula penduduk kampung itu hanya dapat dijalankan selepas rumah mereka dirobohkan, lapor Bernama.Sebanyak 23 keluarga yang masih tinggal di kampung itu gagal dalam rayuan mereka di mahkamah untuk terus tinggal dan telah diarah berpindah dari tanah milik koperasi itu selewat-lewatnya hari ini.Namun mereka enggan berbuat demikian kerana berpegang kepada janji beberapa ahli politik pembangkang semasa kempen pilihanraya tahun lepas untuk membantu mereka.Lim berkata kerajaan negeri tidak mampu membeli tanah itu daripada koperasi atau pemajunya untuk membolehkan kumpulan keluarga itu terus menetap di situ.



No comments:

Post a Comment