Saturday, July 25, 2009

Kes tertangguh Rasuah Adun Lenggeng

Apa dah jadi pada kes ini....
Sepatutnya dah ada Pilihanraya Kecil di Kawasan Lenggeng..

Sambil kita ikuti isu SPRM Selangor... fikir-fikirkan tentang isu ini....

Opssss.. ini kes BPR.... Sekarang dah jadi SPRM.....KERJA SIAPA INI...untuk siasat???



ADUN Negeri Sembilan ditahan BPR
KUALA LUMPUR 31 Ogos — Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.Menurut sumber, ADUN berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, ADUN berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.Sehingga pukul 8.30 malam ini, beliau masih lagi disoal siasat di BPR Seremban.Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. — BERNAMA
####################################
Monday, September 1, 2008

ADUN LENGGENG DITAHAN BPR!
MUSTAFA SALIM, Adun BN di Lenggeng, Negeri Sembilan, yang sebenarnya ditahan oleh BPR semalam.Akhbar The Star mendedahkan nama beliau sementara akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times hanya menyebut seorang Adun.Laporan The Star:Monday September 1, 2008ACA detains Negri rep as its anti-graft blitz continuesSEREMBAN: Just hours after ACA told The Star that it was widening action against corrupt officials, it arrested a Barisan Nasional state assemblyman for allegedly receiving bribes.Lenggeng assemblyman Mustafa Salim, 50, was nabbed at a restaurant in Mantin soon after he had allegedly received RM2,000 from a developer.The developer is allegedly involved with sand mining and had sought Mustafa’s help. The Negri Sembilan Government had stopped issuing licences for sand mining activity over a year ago.ACA director of investigations Datuk Mohd Shukri Abdul said the agency was closely watching several government departments and agencies for alleged graft.The agency recently scored success with the arrest of several high-level civil servants and had recently carried out a blitz on Puspakom, the computerised vehicle inspection centre.
Posted by kedahku at 11:25 AM
####################################################

MB N.Sembilan sifatkan BPR bijak



Written by Syah
Thursday, 04 September 2008 12:21
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mampu untuk menjalankan tugas mereka dengan baik bagi menentukan individu yang mengambil rasuah, dianiaya atau diperangkap. Beliau berkata BPR mempunyai penilaian tiga faktor itu sebelum mengenal pasti individu yang ditahan benar-benar merupakan pesalah rasuah. ''Saya tidak menentang tindakan BPR dan memang bersetuju supaya gejala rasuah diperangi serta diberikan perhatian.
''Saya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengamalkan rasuah dan berharap BPR dapat bertindak dengan cekap supaya negara bersih daripada amalan rasuah," katanya. Mohamad menambah dengan berkata kadang – kadang ada juga pihak yang memang hendak melihat pihak yang satu lagi jatuh dan ia dilakukan melalui pelbagai cara termasuk memasang perangkap yang akhirnya dapat memusnahkan masa hadapan individu berkenaan. Ianya berikutan penahanan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang oleh BPR. –Malaysia Today
#########################################
Jumaat, September 05, 2008

Adun Lenggeng hadapi dua tuduhan rasuah
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan rasuah.Beliau dituduh meminta suapan melalui Mustafa Pendek sebanyak RM3,000 daripada Manimaran a/l Marimuthu sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan kepada Manimaran untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir.Kesalahan didakwa dilakukan di Lot 1321, Mukim Pantai di Seremban pada jam 11 pagi, 28 Ogos lalu.Bagi tuduhan kedua, Mustafa, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Seremban, didakwa secara rasuah menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama, di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pada jam 5 petang 31 Ogos lalu.Sekiranya disabitkan kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang 14 hari atau tidak melebihi 20 tahun serta didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.Hakim Kamarudin Kansun menetapkan 26 dan 27 Februari tahun depan untuk perbicaraan.Mustafa, 50, yang diwakili tiga peguam terdiri S Paramasneswaran, Raftfizi Zainal Abidin dan Abdul Halim Othman, dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah, Abdul Razak Musa. - Bernamahttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080905151703/Article/index_html
at Jumaat, September 05, 2008

No comments:

Post a Comment