Thursday, July 23, 2009

Pakatan Rakyat in Action

Who said we do nothing?????


YB Manikavasagam & YB Manikumar with the other Kedah PR members
Apr
3rd
SJKT Tok Pawang Dapat Tanah Selepas 22 Tahun


Bedong , Kedah- YAB Dato Seri Menteri Besar Menteri Besar Kedah menghadiahkan Tanah seluas 5.5 Ekar kepada SJK (T) Sg Tok Pawang dalam suatu upacara ringkas di sini pada 2 Apr 2009.
Semasa berucap sebelum ucapara pecah tanah, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah memberikan tanah tersebut tanpa sebarang Caj Premium. Pihak Sekolah hanya perlu membayar Token RM10.00 manakala tidak perlu membayar sebarang Cukai Tanah.
Murid-murid SJKT Sg Tok Pawang kini berkongsi Sekolah dengan Sekolah Kebangsaan Sg Tok Pawang yang terletak bersebelahan tanah lapang di peruntukkan oleh Kerajaan Negeri. SJKT Sg Tok Pawang diasaskan pada tahun 1935 dengan hanya 20 orang murid dan seorang guru. Pada tahun 1940 , bilangan murid bertambah kepada 50 orang dengan lima buah bilik darjah. Sekolah tersebut di tutup sewaktu peperangan dunia kedua.
Pada tahun 1964, YB Tan Sri V Manickavasagam memperuntukkan RM6000 untuk mendirikan bangunan tambahan. Pada tahun 1996 , sebuah bangunan yang merupakan rumah-rumah pekerja ladang yang dibina pada 1953 di ubahsuai menjadi bilik-bilik darjah dengan hampir 220 orang murid.
Sejak tahun 1986 ,SJKT Sg Tok Pawang menumpnag di Sekolah Kebangsaan sg tok Pawang atas sebab pencemaran alam sekitar kawasan sekolah.
Akhirnya , atas usaha pihak sekolah dengan usaha murni Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah , sekolah tersebut mendapat Tanah seluas 5.5 Ekar pada hari ini.
YAB Dato Seri Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya, kini terpulang kepada pihak sekolah untuk berunding mendapatkan peruntukkan RM1.6 juta bagi membina bangunan Sekolah tersebut daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya dapat terharu dan perihatin kepada pelajar-pelajar baik yang lepas dan kini yang terpaksa menumpang bilik darjah mereka selama hampir 22 Tahun.
Share This Story:

1 comment:

  1. Pada tahun 1964, YB Tan Sri V Manickavasagam (MIC)memperuntukkan RM6000 untuk mendirikan bangunan tambahan...... tetapi hanya dapat direaliti oleh YB Manikavasagam PKR

    ReplyDelete