Saturday, July 25, 2009

Lebih 10 cawangan MIC terpaksa gulung tikar

July 26, 2009 Last update on 25/07/2009 17:34
Tokoh MIC SS. Subramanian Sertai Keadilan, 10 Cawangan MIC Ditutup

Bekas Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam hari ini menjadi tokoh terbaru menyertai Parti Keadilan Rakyat, seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng menyertai parti itu, sekali gus mencerminkan Keadilan sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.
Turut menyertai PKR hari ini adik Subramaniam, bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke Keadilan memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup.
Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat.
Kemasukan Subramaniam dan bekas ahli MIC secara beramai-ramai ke Keadilan mencerminkan rasa tidak puas hati kaum India yang semakin memuncak terhadap
MIC dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang membelit kaum India seperti kemiskinan, peluang melanjutkan pelajaran, penganggkuran dan kes jenayah.
Ia juga menunjukkan Keadilan semakin didokong oleh kaum India sebagai parti pelbagai kaum yang mampu memperjuangkan nasib mereka sebaris dengan kaum lain yang memerlukan pembelaan.

No comments:

Post a Comment